Sunday, May 27, 2012

peristiwa semalam dan hari ini....

peristiwa yg berlaku pada malam semalam dan hari ini menjadi tanda tanya dalam buah fikiran ana...pelbagai persoalan yg timbul...
malam semalam ana dapat bertemu dengan seorang selebriti wanita yg telah berjaya menghijrahkan dirinya untuk berubah kearah kebaikan akhirat..Alhamdulillah...pertemuan ini secara tidak sengaja subbahanaullah..
pada keesokan ari nye awal2 pg ana dah buka FB dan telah membuka satu post daripada group berkenaan suatu program iaitu yg bertajuk' Hijrahku' yg diadakan dekat masjid Shah Alam pg tadi.. program ini menampilkan 3 artis yg turut berhijrah kearah kebaikan untuk akhirat..alhamdulillah...

ana tertanya2 apa maksud akan semua ini....Alhamdulillah..Allah SWT sanagt menyanyangi hambanya ingin benar2 berubah..ana alhamdulillah akan sentiasa beristiqamah menjadi muslimah yg sejati ...ana takkan sia2kan perjuangan ana untuk menjadi hamba Allah yg sejati semenjak ana berusia 13 sampai ke 24 tahan pada tahun ini..Alhamdullilah..amin Ya Rabbal Alamin atas segala kurnia rahmat-Mu ya Allah...


Thursday, May 24, 2012

pengorbanan dalam dakwah Rasullullah

pada petang nie..seperti biasa hobi ana membuka FB sambil membaca buku ilmiah...hehehe..semoga hobi nie kekal berterusan..heheheh

jom ana nak bawa sahabat sekalian mengenang dan memuhasabahkan diri kita masing2 tentang pengorbanan Rasullullah dalam dakwah baginda untuk menyebarkan islam.

Dalam artikel ilmiah yg ana telah baca iaitu: Munib al-Azdi r.a bercerita semasa zaman jahiliyah dahulu, beliau pernah melihat baginda rasullulah s.a.w telah menyeru iaitu "wahai sekalian manusia ucaplah lailahaillallah(tiada tuhan melainkan Allah) dan kamu akan berjaya.!"

Selepas sahaja Rasullullah berkata demikian dengan kurang ajarnya ada sebahagian yg telah meludah ke wajah baginda., dan sebahagian yg lain melemparkan tanah kepada baginda dan tidak kurang juga ada yg memaki baginda. dan sangat menyedihkan hal ini berlaku separuh hari. sungguh kurang ajarnya manusia pd zaman jahiliyah ini.
lalu datang seorang gadis kecil yg membawa kendi lalu mebasuh wajah dan tangan baginda. lalu baginda bersabda" wahai puteriku, jangan risau akn bapamu ini akan dibunuh atau dihina."..Subbahanaullah...begitu sucinya pengorbanan rasullullah dalam menegakkan agama Allah...dan betapa malunya kita kerana ada diantara kita yg masih bergelumang dengan maksiat dan tidak berusaha untuk menjadi muslimat dan muslimin yg sejati.

Ayuh bangunlah dalam menegakkan kebenaran..kerana telah terbukti Rasullullah dalam menyebarkan dakwah baginda ....Ayuh bangkitlah..terutamanya diri ana....
ayuh sahabat2 sekalian...


Wednesday, May 23, 2012

suka suki hidup ana.....

My mom and my siblings and so me....:)
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatu wa magfirahtu....

awal2 pagi ana telah membuka youtube untuk mendengarkan ceramah agama agar dapat diberikan peringatan dalam diri ana..alhamdulillah..kerana ana juga menusia biasa...tak lekang daripada membuat dosa..


ana nak kongsi satu kisah yg mn rasullullah sangat2 rindukan kita umat akhir zaman,,,
pada suatu hari sahabat baginda ada bertanya pada baginda , kenapa baginda termenung
baginda menjawab..bahwa baginda merindukan' ikhwan' nya(saudara)..sahabat merasa pelik, bukankah kami juga merupakan ikhwan mu ya rasullullah....
 rasulullah menjawab..kamu adalah sahabatku...tp ikhwanku ialah mereka yg tidak pernah menatap wajahku..tetapi mereka tetap membuat perkara yg dibenarkan dan meninggalkan apa yg dilarang...dan juga yg sebaliknya...


sesungguhnya rasullullah telah merindui kita lebih dari 1433 tahun...namun adalkah kita sama???????kita tiap kali lupa....lalai....

ANDAI RASULULLAH BERSAMA KITA.flv

Tuesday, May 22, 2012

Wasiat daripada kekasihnya Allah SWT........


Pada petang yang indah ini, ana telah membaca suatu artikel dalam sebuah majalah islamik 
kupasan yang desediakan dalam artikel sangat2lah memberi kesan dan kesedaran dalam diri ana..
Alhamdulillah..
ana nak berkongsilah sedikit berkenaan dengan artikel yan ana dah baca...
iaitu 'Janagan Lupakan Wasiat terakhir Rasullullah'
mukadimmahnya sanagt memberi kesan kepada ana yg berbunyi
Rasullullah  SAW merupakan insan yang teragung yang terlalu menyanyangi umat islam,..Subbahanaullah..ana terkesan dengan ayat2 itu, dan sememangnya Rasullullah sangat menyanyangi umat islam lebih2 lagi umat islam yang tidak sempat untukmenatap wajahnyanya Kekasih Allah...benar rakan2... Rasullullah sangat menyanyangi umat2 isalm pada masa kini..dan mengelar kita adalah saudara2nya iaitu mereka muslimin dan muslimat yang menjalankan perinta Allah dan meninggalkan larangan Allah sebagimana yang telah disampaikan oleh Rasullullah kepada umat islam kerana walaupun tanpa menatap wajahnya kita tetap melaksanakan apa yang telah baginda sampaikan..alhamdulillah...bersyukurlah dengan nikmat iman dan islam yg kita miliki walaupun ianya kadang2 ada naik dan surutnya...


oklah ana nak sambung semula apakah wasiat terakhir banginda. diantara wasit terakhir baginda ialah:
1) menjaga hak asasi manusia
iaitu dapat ana rumuskan kita janganlah berdendam antara satu sama lain, jauhilah daripada pertumpahan darah dimuka bumi ini dengan sia-sia, jangan membuat fitnah dna elalkkan perbalahan sesama kita terutamanya sesama umat islam


2) menjaga kesucian harta
elakkan riba....


3) tidak mengikut jejak langkah syaitan
sebagaimana yg kita tahu tgs syaitan adalh untuk meyesatkan umat manusia ..jauhilah hiburan2 yg melalaikan...sedaya upaya mengelakkan daripada terkena tipu daya syaitan.


4) menjaga dan menunaikan hak wanita
iaitu wanita memepunyai hak atas lelaki(suami),wanita perlu disayangi dan dihormati,wanita perlu menjaga harta dan maruah suami mereka dan jika wanita tidak taat kepad suami ..suamai perlu melakaukan tiga perkara iaitu 
i)menasihati isteri
ii) meninggalkan tempat tidur mereka
iii) memukul mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan(tujuan bkn utk mendera tetapi untuk memberi pengajaran)


5) berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah baginda 
jika kita berpegang kepada kedua2nya kita tidak akan sesat selama2nya seperti dalam sabda baginda : aku tinggalkan kepada kamu, jika kamu berpegang kepda kedua2nya , maka kamu tidak akan sesat selama2nya ..iaitu kitab Allah (Al-Quran ) dan sunnahku.(riwayat muslim(no 2137) dan Abi Daud(no 1628)